Wednesday, December 29, 2010

Potong Kuku

 
Potong KUKU


FIRST!!!
macam biasa la.
korg kena tgk optical illusion ni..
apa korg nmpk??
mende ni macam glowing kan..haha
balik kpd tajuk..


mari kita potong kuku


Tengok gambar pon da tau pasal apa kan. Pasal POTONG KUKU. Kita ni dok potong kuku pakai hentam je. Sebenarnya ada cara yg betul atau kita panggil CARA MEMOTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI SAW. Ada cara dan turutan nak potong kuku ni. Sebenarnya boleh je nak potong ikut suka, tapi rugi la tak dapat pahala. Ni sebenarnya aku nak kongsi ilmu dengan korang ni, mana tau ada yang tak tau lagi. Dulu aku pon tak tau cara2 potong kuku ni.

Okayh.. langkah2 dia.:
1. potong kuku jari telunjuk sehingga jari kelingking TANGAN KANAN. 
2. potong kuku jari kelingking sehingga ibu jari TANGAN KIRI
3. last sekali, ibu jari tangan kanan.

Tangan sudah. Kuku KAKI plak??
Kuku kaki ni senang je drpd tangan.
Korang potong bermula drpd kuku jari kelingking kaki kanan sehingga kuku jari kelingking kaki kiri.

Kalau tak faham, rujuk gambar bawah ni.
turutan potong kuku

Faham tak? Kalau tak faham tak tau la nak buat macam mana. Tengok Youtube la senang.

Hari yang BAIK dan TIDAK baik untuk memotong kuku

Ada jugak ye hari yang baik dan hari yang tak baik ni, kan. haha.
Jom baca hadis bawah ni.

Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang mengerat kuku pada:

HARI SABTU - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
HARI AHAD - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
HARI ISNIN - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
HARI SELASA - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
HARI RABU - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
HARI KHAMIS - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
HARI JUMAAT - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk               kepadanya rahmat daripada Allah SWT.

So, the conclusion is, hari yang baik untuk memotong kuku ialah pada hari JUMAAT, ISNIN, KHAMIS.

Lagi satu, masa nak potong kuku kena elok2, bagi kuku cantik, elok dan kemas. Nanti kuku buruk, nak makan pon kena hati2 sebab tajam sangat kuku.
emmmmmm... terima kasih kerana membaca. Harap dapat mengamalkan ilmu ni dan menyebarkan kepada orang lain. Aku dapat ilmu ni pon drpd orang lain. 
Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah..
"Renung-renungkan dan selamat beramal."
InsyaAllah kalau ada ilmu aku kongsikan lagi dengan korang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...